Monday 29 December 2014

Kepada insan yang dirindui

Kau pergi meninggalkan ku saat detik dan ketika aku masih hidup dengan penuh harapan.Aku hanyut dengan arus kehidupan sampai aku lupa ada mutiara di lautan yang merindui kami.Detik itu...hatiku bagai tidak tenang.aku merasakan minggu itu membunuh jiwaku.Rupanya itu petanda akan ada insan yang pergi selamanya..Belum sempat aku mencapai harapanku,aku melihat satu jasad kesejukan.Duniaku gelap,Selepas ini siapa lagi bakal menelefonku tiap bulan.Aku telah kehilangan tp kehilangan kali ini menandakan berakhirnya segala kehilangan.Andai masa boleh diputar,aku ingin dakapmu,aku ingin melihat senyumanmu,lawakmu tawamu, aku ingin berborak seperti seorang rakan.Masa terlalu pantas berlalu.Mungkin di sini kita tidak bersatu mungkin di Akhirat kelak.

Thursday 24 July 2014

Kedatangan Dinanti atau Teguran?

Berlumba-lumba mencari kehidupan
Tidak terlepas cahaya hidup
Bila tiba waktu malam tiba
Bila tiba waktu siang tiba
Waktu silih berganti cerita
Begitu juga pendamping kita
Meratapi menangisi itu biasa

Tanya diri tanya mereka
Apa salah diri dihina
tanpa disedari itulah tanda
bukan jodoh tetapi petanda
tiap pergi membawa cerita
Kaji kembali mengapa derita
Allah tidak menegur dengan nyata
Melainkan alamat sehingga tak dirasa

Beberapa tahun mencari jawapan
Akhirnya muncul semua di depan
Hati dipelihara hidup diperkenan
Syukur kembali hidup dan iman
Itulah nikmat perikemanusiaan

Bicara Pendam atau Lepas

Langit mengelap perlu berjurai
Lagikan manusia yang berderai
Terlalu banyak menyimpan
Terlalu banyak menderita
Pilih manusia pilih haiwan
Mana yang baik
Mana yang faham

Berbicara mengalahkan diri raja
Adakala kita baca separuh
Selalunya kita faham separuh
Belum sempat kita menelaah
Kita hamburkan dengan ludah


Bicara orang,
Tutup mulut buka hati
Mati mulut binasa hati
Peringatan diri perbaiki diri

Bicara orang,
Jangan dicurah garam ke laut
Tapi itu lebih baik
Kerana laut lebih faham
Tiada diganggu sebarang makhluk
Tapi kita insan manusia
Paham sedikit
Bicara lebih


Sunday 15 June 2014

Rindu bertakhta

Mungkin semalam kau ada
Menjadi imam yang nyata
Air mata ingin
Air mata pergi
Tapi kini semua tiada
Kau hadirkan kemanjaan
Kau berikan kehidupan
Saat aku sedih
Kau helakan gembira
Walaupun aku malu
Aku ingin pelukan mu
Aku ingin ciuman mu
Dulu kau sihat
Sekarang kau tenat
Jangan pergi sebelum berjaya
Jangan datang sebelum sempurna
Masa tidak bernoktah
Kenangan tidak menghilang

Seorang Khalifah,
Seorang Imam,
Seorang Wira.

Sentiasa merinduimu,
Anakmu



Tuesday 10 June 2014

Epik Gua Kelam dan Arnab

lemah dalam arus perasan
hanyut mengikut aliran
bila ingin memaut
sering dipukul keadaan diri
pernah ketika diberi nafas
hatta nikmat
semua sementara
mungkin ini dunia aku
tiada yang boleh mengubah
tiada yang boleh diubah
biarkan arus terus membawaku
sampai masa tiba waktu
bila tiba di penghujung
ketemu tenang dan deras
aku ibarat titik dalam noktah
biarkan diri terus bersendirian


Monday 24 December 2012

Lemas dalam fikiran nafsu

hanyut dalam aliran dunia
tersentap dari lamunan bisikan
ingin sesuatu ranap akal
kembali ke garisan paksi
mana mungkin ikan berjalan
kembali ia ke dalam laut
tanpa menganggu kitaran emosi
hidup dalam pondok usang
jangan dihirau isi lain
yang pasti rumah kukuh hidup bahgia
tak perlu menunggu langit menangis
cukup sekadar air di perigi
mungkin aku belum matang
cukup sekadar dunia sendiri
walau sejauh mana bulan pergi
bumi akan tetap menunggu
itu pasti

Saturday 4 August 2012

Halangan

Pandangan mata
Banyak menipu jiwa
Tipu dan dusta Jadi makanan dunia
Puaskan hati manusia
Walaupun diri sendiri terseksa
Rindukan kenangan lama
Bila ramadhan tiba
 Hidupkan insan gembira
Mampu simpan segala derita