Tuesday, 29 March 2011

DUHAI SAHABAT

dulu kamu penah membantu ku
keluar dari kancah kekeliruan
namun
pabila kamu pula kesedihan
ku tidak mampu membantu
ku berharap
linangan air matamu
tidak lagi mengalir
membasahi bumi
jauhkanlah masalah
daripada membelenggu dirinya
lupakan manusia
yang hanya mampu berkata
tapi tidak tahu perkara sebenar
janganlah kamu biarkan lagi
semua ini terjadi
ku pohon semua itu pergi bagai angin
bersabarlah duhai sahabat

GURU

guru
satu nama yang pendek
namun mempunyai seribu makna
mereka sanggup membakar diri mereka
semata-mata untuk memanaskan hari yang sejuk
agar tiada yang pergi dengan sia-sia
penat lelah tidak penah diungkit
tiada apa yang dipinta cuma kejayaan
daripada benih yang disemai
dengan penuh kasih sayang
guru
mereka ibarat keluarga kedua
ilmu yang dicurah
tidak boleh disamakan
walaupun setinggi gunung emas
tidak mampu membayar jasa mereka
guru
mereka mengajarku apa itu kehidupan
sehingga aq mampu berfikir
mengenai ciptaan tuhan
tanpa mereka mungkin aku tidak akn
menjadi apa yang telah aku kecapi hari ini
air mata ku
duit ku
dan apa jua tidak mungkin boleh diganti dengan ilmumu
guru
dikala ku sedih
mereka tampil menenangkanku
walaupun kesedihanku hanyalah sekecil kuman
mereka tetap bersamaku
guru
ku berjanji
ilmu yang maha agung
yang engkau titiskan kepada diriku
takkan ku sia kan
akan ku guna
demi bangsa dan negara
tiada yang mampu ku lakukan
selain ucapkan
terima kasih

23 march 2011

hari dan waktu
ku rasakan satu ketakutan
menguasai bayangan jiwaku
pagi yang sunyi
bagai tiada apa yang istimewa
namun bermakna bagiku
kerana pagi ini
bakal menentukan
bergerak atau terhenti
perjalanan hidupku
suratan takdirNya
dapat ku rasai
nikmat suatu kejayaan
terhenti kata-kataku
pabila melihat semua ini
ku berharap
ini bukan pengakhiran
tetapi permulaan
untukku teruskan
kekosongan dijiwaku ini

Wednesday, 16 March 2011

DULU DAN KINI

Hari ini mungkin tidak sama
seperti tahun yang lalu
mungkin dulu aq bersamamu
bergurau senda dengan mu
gelak tawa mu
menyegarkan jiwa dan ragaku
memandang mu wahai insan
ku rasa kan 
seperti mataku dipanah halilitar
membuatku terpaku diam seribu bahasa
ku ingin bersamamu selamanya
namun kini
situasi dan keadaan sudah berubah
mungkin kamu sudah tiada lagi di sisi ku
tapi ku masih ada seorang insan
yang menemaniku hari ini
bagi membantu menghilangkan
duri yang masih berada dalam diriku
terima kasih..

Tuesday, 15 March 2011

16 MARCH 2010

Jantung ku bagai berlari-lari
menanti dan mengharap tarikh itu
akan menjadi sesuatu yang bermakna
bagai menanti jambatan emas 
yang akhirnya ranap dilanda bandai
namun begitulah kehidupan
benda yang indah hanya sementara
begitu cepat mase berputar
tanpa ku sedari
telah setahun masa berputar
bagai semalam semua ini berlaku
berada bersama
melihatmu tanpa jemu tika itu
tidak mahu saat itu
aku pergi meninggalkan mu
karena mungkin itulah
saat dan mase yang terakhir
ku melihat sesuatu yang
mampu mengukir senyuman
di mata mu
tertanam sesuatu yang sukar untuk ku
gali atau cari
dalam insan yang lain
yang pasti semua itu
hanyalah kenangan
yang akan ku pahat
sepanjang zaman
pemergianmu akan ku ingati....

Kosong

Satu perkataan yang mudah dan boleh membawa pelbagai maksud.Ada manusia yang menafsirkan kosong ini sebagai nombor 0,perasaan,jiwa yang x tenteram,tidak melakukan apa2 dan sebagainya.Sbnrnya smue ini bergantung pada individu tersebut.Manusia sndri sbnrnya boleh menjadi kosong terutama apabila mereka tidak cube untuk belajar dan mengumpul ilmu yang telah Allah kurniakan di atas muka bumi ini.mungkin manusia tidak sedar pelbagai ilmu telah Allah KURNIAKAN kepada umat manusia sejak turunnya adam ke atas muka bumi ini.namun kita sbgai manusia sering leka.Kita pun tidak sedar mase kita mula-mula lahir kita juga kosong.namun saat dan tika itu,Ibu bapa lah yang sebaik mungkin menambah ilmu ank2 meraka agr tidak menjadi kosong.Namun apabila ank tersebut meningkat remaja.jiwa mereka terasa seakan2 kosong dan cube mencari sesuatu yang tidak pasti.dan ini lah yang dilalui hampir kesemua manusia melainkan mereka yang beriman.ku berharap agar aq tidak mnjadi sebhagian dripd manusia yang kosong ini...

Impian

Bagai ade sesuatu
yang cube menebusi
jiwa dan ragaku
aku takut pada hari esok
karena mungkin esok tidak akan
lebih baik daripada hari ini
tatkala hari ini lebih baik
ku berharap masa berjalan dengan pelahan
ku tahu ku bukanlah tuhan yang mampu
memusnahkan atau menghentam masa
aku hanyalah insan biasa
namun tak semua yang indah itu boleh dimiliki
kerana semua di atas bumi ini
kepunyaan Yang Maha Esa..

Monday, 14 March 2011

Dugaan

Satu persatu datang menikam
kehidupan ku bagai tiada esok
Ya Allah
tabahkanlah aku untuk menghadapi
semua dugaan mendatang ini
agar aku tidak tewas
dan menjadi seorang yang lemah
kadang-kadang
aq bagai burung yang cuba
mencari sesuatu yang hilang
di bumi ciptaanMu
setiap hari
ku ratapi kehidupanku
bagai anak kehilangan ibunya
Tabahkanlah aku wahai PenciptaKu
hari-hari yang Engkau telah tetapkan
agar aq redha dan tabah menghadapi semuanya....

Sunday, 13 March 2011

Sahabat

Kamu ibarat cahaya
selalu berada bersama
kehilangan mu membuatkan hidup ku 
bagai dihimpit kegelapan malam
hidupku sunyi tanpe mu
Pemergian mu
hanya kerana manusia yang lain
sehingga kamu lupe madah kita sebagai sahabat
kehilangan mu
meninggalkan ku seribu kekosongan
tiada lagi gelak tawa
tiada lagi peneman mlmku
tiada lagi teman bual ku
tiada lagi penaik smngatku
dikala ku sedih kamu sajalah
yang menghilangkan nya
bagai angin,mslh itu pergi
merentasi mse dan tidak akn kembali
ku cube menjauhkan dri daripada mu
bukan ku sengaja
namun itu sajalah cara
jalan yang terbaik
bagiku supaya tidak menyakiti hati mu lagi
duhai SAHABAT

kosong

mungkin sudah tiba msa
ku remukkn segalanya
agar tiada lagi memori ini
yang slalu menganggu hidupku
mungkin sukar untuk aku
tapi apakan daya
janji manismu
hanyalah mainan kata-kata
yang membuatku hanyut dlm dunia ku sendri
sehinggalah derita ku rasakan bahagia
terima kasih kerana membenarkan ku
merasai ape itu erti bersame orang yg tersayang
walaupun sementare
ku janji
bialah mase dan tika
yang menentukan
perubahan dlm hidupku
walaupun ku tahu ku tak mampu melupai mu..

Friday, 11 March 2011

Mengimbau Kisah Silam

silam sesuatu yang tak dapat dilupakan
silam akan menjadi sejarah yang nyata
banyak yang telah dilalui 
pahit dan manis ku lalui jua
kerana itu qada' qadar
yang telah ditentukan illahi
mungkin aku bukan lah seperti manusia yang lain
yang memiliki 'sesuatu' yang aku dambakan
tetapi ku bersyukur kerana
silamku menjadi guru ku dalam kelam
yang menjadi pemangkin
semangat ku yang luhur
aku kehilangan banyak benda
yang memang menjadi milik penciptaku
mungkin aku masih mentah
aku mudah mengalah
aku berjanji
aku akan menjadi lebih baik
daripada silam yang telah ku lalui