Friday, 29 April 2011

Kenapa perlu melanggar fitrah manusia?

Knapa manusia perlu melanggar fitrah yang telah ditetapkan ilahi.Itulah yang selalu bermain dalam benak fikiran ku.Bukankah Allah Maha Agung lagi Bijaksana mengatur segala mengenai manusia.Perkara yang betul-betul membuatku tersentuh adalah mengenai hubungan sejenis.mengapa manusia masih melanggar fitrah yang telah ditetapkan Allah S.W.T.Walaupun ilmu agama ku tidaklah sehebat mana tetapi aku masih waras dan sedih melihat manusia seagamaku yang merupakan saudaraku melakukan perbuatan terkutuk itu.TIDAKKAH MEREKA TAKUT AKAN AZAB ALLAH?
Itu yang selalu ku fikirkan.Aku terkedu apabila aku berjumpe dengan manusia sebegini;
1.Sewaktu aku sedang pergi ke sebuah pasaraya aq disapa oleh seorang lelaki yang menyerupai pompuan.boleh ketika itu die bg no.mungkin ini boleh dikatakan lawak tapi itu aku difahamkan itu merupakan mata pencarian rezeki dia.kenapa dia perlu melalukan perkara sedemikian walhal banyak lagi cara untuk mencari rezeki yang halal
2.Seorang rakan yang seumur dengan ku menceritakan yang dia hanya mahu duit daripada lelaki2 gay ni.sehingga die tergamak melayan golongan ini.Perkara ini lagi membuat aku sedih.Dia masih mempunyai mak dan ayah yang mampu memberikan die duit.walhal masih ramai manusia di luar sana yang tidak mempunyai ibu bapa tetapi masih mengagahi dirinya untuk mencarik rezeki yang halal.Perkara yang menyedihkan aku apabila aku melihat salah satu akaun facebook dia.dia seolah2 mengalakkan smua ini untuk terus berlaku dan seolah2 die juga menyukai lelaki dan merupakan salah satu golongan ini.wallahualam.

Daripada peristiwa di atas aku begitu insaf.Yang kita sebenarnya berada di akhir zaman.Pernah terdetik di hatiku mengapa kita tidak diturunkan bala seperti kaum Nabi Lut yang secara automatik mendapat balasan di dunia.Jawapanya sbb kita berada di akhir zaman.Ingin je aku bertanya pada golongan ini pernahkah haiwan berkasih sayang sesame jantina?.nampak dengan jelas haiwan juga tidak melanggar ditrah yang telah ditetapkan mereka oleh Allah.Bukan tujuan ku untuk menghina atau memalukan mana-mana pihak.aku berharap golongan ini akan diberi hidayah untuk kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.Tiada apa yang mampu aku lakukan selain membenci dalam hati walaupun aku tahu ia selemah-lemah iman.

"“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Berdasarkan hadis tersebut, terdapat tiga peringkat untuk mencegah kemungkaran:
Pertama : Menggunakan tangan (kuasa)
Seseorang itu hendaklah mencegahnya dengan kuasa atau kemampuan yang ada padanya.Ini adalah menjadi amanah serta tanggungjawab pemerintah atau penguatkuasa yang jelas mempunyai bidang kuasa dari segi perundangan.
Kedua : Menggunakan lidah
Bagi mereka yang tidak berkemampuan mencegah dengan kuasa,maka hendaklah mencegahnya dengan lisan secara berhikmah.Kerosakan sosial yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah kerana kita merasa takut untuk menegur perbuatan mungkar,yang berlaku di hadapan mata dengan alasan “tidak mahu jaga tepi kain orang”.
Ketiga : Menggunakan hati
Sekiranya kita tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan ,maka hendaklah mencegah dengan hati iaitu membenci perbuatan tersebut,sentiasa berdoa dan berharap si pelaku diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t untuk kembali kepangkal jalan. Menggunakan cara ini digambarkan sebagai selemah-lemah iman 
moga-moga Allah memberkati.As salam

Dunia Kini

Manusia sudah mula bijak
sehingga mereka melawan pencipta
mereka alpa dari mana mereka wujud
dan apa tujuan mereka terus hidup di dunia ini
walhal mereka telah diberi tugas
untuk menjadi Khalifah
mentadbir alam ciptaan MAHA AGUNG
namun kini manusia saling berbalah
aku rindukan mu wahai MUHAMMAD
mungkin tiada lagi pemimpin sepertiMu
yang menyayangi umatnya
sejak pemergian mu ramai manusia terkapai-kapai
mencari erti kehidupan sehingga mereka
mencaci dan menghina sesama saudara
tidak cukup dengan itu
ada manusia yang leka dengan hidup
sehingga dengan bongkak mereka 
tidak mempercayai apa yang disampaikan olehMu
mungkin aku juga tidak sempurna
kan ku cuba untuk menjadi lebih baik
dan berada di landasan yang betul

Tuesday, 26 April 2011

Bayangan Lalu

Jiwaku bagai dikejar sesuatu
yang menghancurkn semua harapanku
air mata tidak dapat mengantikan
luka parah yang ditinggalkan
kerana semua itu meninggalkan parut
yang tidak mungkin diubati
apa salahku sehingga aku
terpaksa menanggung semua ini
longlai diriku
bagai dihanyut arus yang deras
tiada siapa mampu menyelamatkan
hambaMu yang lemah diapit kemusnahan
ku pohon jauhilah bayangan ini
agar generasi ku seterusnya
tidak merasai kepahitan hidup sepertiku
cukuplah diriku menjadi korban