Friday, 20 May 2011

Hujan Menitik

Air mengalir tanpa diduga
Sukar untuk dikekang
Mungkin inilah dunia
Kadang pahit kadang manis
Hujan datang membawa tenang
Hujang datang membawa duka
Sejuk airnya terpaksa di lalui
Kerana kita hanyalah hamba
Yang tak mampu mengubah
Segala yg direncanakan
pelangi muncul
Tanda pengakhiran
sesuatu yang baru bakal bermula

Saturday, 14 May 2011

Mimpi dan realiti

Benda yang sukar dibedakan
Satu menjadi impian
Satu menjadi kenyataan
Namun saling berkait
Mengajar manusia
Yang sering lalai
bahawa hidup x selalunya indah
Mungkin muncul di mimpi
Tapi ghaib di realiti
Indah dunia
Jika mimpiku menjelma
aku seperti mahu
Hanyut dibawa mimpi
Tapi
mana mungkin naga menjadi manusia
Mana mungkin mimpi menjadi nyata
Jika nyata akanku hidup di atap dunia
Akan ku dambar
Hidup bersama sang puteri
Yang hanya satu di dalam hati
Hidup bersama ayahanda dan bonda
Tiada peperangan tiada pancaroba
Tinggal di istana tempat silamku
Yang menjadi tempat abadiku
Menyusul kembali memori yang hilang
Agar aku sama seperti rakan seusiaku
Yang hidup lebih bermakna
Maka tiada lagi pahit di muka
Yang tinggal hanya senyuman
Namun semua hanya mimpi
Mana mungkin menjadi realiti.

Sunday, 1 May 2011

hatiku menangis

walau tidak nampak di mata
tetap terpalit di jiwa
bukan sengaja hatiku digoyah
semuanya datang tanpa diduga
melihat mereka di hadapanku
sudah lama aku tak rasai
kemanisan dan keindahan
mungkin benar
disebalik hujan akan ade pelangi
disebalik kesusahan akan muncul kesenangan
terima kasih kerana
menjadikan mimpi itu kenyataan
walaupun sementara

1 mei

Hari seorang insan tercipta
manusia yang biasa
tiada yang istimewa
18 tahun hidup di dunia
pahit dan manis sudah ditempuhinya
namun jauh disudut hati
bagai ada sesuatu yang hilang
bukan nilai ringgit dipinta
tapi suatu benda yang telah pergi
ku mohon
agar waktuku dipusing balik
agar aku dapat menikmati
sesuatu yang telah hilang
tapi apakan daya
aq cuma boleh mengharap
semua itu hadir dalam mimpi
kerana masa tidak akan kembali
hanya kerana diriku ini..