Semakin dalam ilmu
semakin dekat kita kepada pencipta
kerana ilmu bukanlah milik manusia
manfaat selagi mampu bernafas
mungkin aku bukanlah yang terbaik
aku belajar untuk merasai
apa itu ketenangan
apa itu ketenteraman
yang pasti aku akan berubah.
Monday, 25 July 2011
Kesalahan lalu
ku ingati semula
ceritera lalu
banyak hela dan tawa
mengiringi ku
sehingga aku lalai
hilang dua "permata" disampingku
semuanya terlepas kerana sikapku
aku tidak menghargai
kini satu persatu melupaiku
mungkin aku tidak layak
memiliki harta yang begitu istimewa
kerana aku tidaklah sempurna
mungkin melihat "permata" itu berkilau
sudah mermadai buat ku
walaupun aku tak bisa memilikimu
namun bayanganmu akan sentiasa mengiringku
Subscribe to:
Posts (Atom)