Friday, 14 October 2011

Diperdaya Ilusi Mata

Nampak baik pada mata
Namun jahat pada hati
Yang buruk disangka jahat
Yang cantik disangka baik
Semua itu mainan
Ungkapan dentuman langit
Jika sekali boleh diam
Jika berulang memakan jiwa
Ini pengajaran
Jangan mudah mempercayai 
Kerana dalam lautan manusia
mungkin hanya ada secebis
yang benar-benar ikhlas.

Mana sama emas dan batu

Satu ditatang,
Satu dibuang,
Dua benda yang takkan bersatu..

Bumi berpatah hujan mengalir

Yang ada pergi,
Yang tiada terus menghilang.
Aku rindukan lalu
Aku bencikan kini
Hadir kegembiraan sementara,
Meratapi selama-lamanya,
Mana mungkin 7 bersatu,
Jika ade pengacau menganggu.
Air tak mungkin surut
Tapi mungkin akan kering
Bila tiba waktu
Tabahkanlah aku..