Monday, 24 December 2012

Lemas dalam fikiran nafsu

hanyut dalam aliran dunia
tersentap dari lamunan bisikan
ingin sesuatu ranap akal
kembali ke garisan paksi
mana mungkin ikan berjalan
kembali ia ke dalam laut
tanpa menganggu kitaran emosi
hidup dalam pondok usang
jangan dihirau isi lain
yang pasti rumah kukuh hidup bahgia
tak perlu menunggu langit menangis
cukup sekadar air di perigi
mungkin aku belum matang
cukup sekadar dunia sendiri
walau sejauh mana bulan pergi
bumi akan tetap menunggu
itu pasti

Saturday, 4 August 2012

Halangan

Pandangan mata
Banyak menipu jiwa
Tipu dan dusta Jadi makanan dunia
Puaskan hati manusia
Walaupun diri sendiri terseksa
Rindukan kenangan lama
Bila ramadhan tiba
 Hidupkan insan gembira
Mampu simpan segala derita

Monday, 21 May 2012

Kesalahan

Dunia kaburi pandangan mata Mencari kesempurnaan dalam lautan Lemas dalam mengejar Yang depan semuanya salah Yang jauh semuanya betul Yang diimpi ditagih Yang dimiliki diabai Mungkin lumrah manusia Pabila sakit baru menyesal Mungkin jalan terbaik Terus menjauhi Hidup dalam dunia aku sendiri Kau dengan impian kau Aku dengan impian ku Mungkin dengan ini Segala salahku boleh ditebus..

Sunday, 12 February 2012

Doaku

ya ALLAH,
selamatkanlah dia di sana
semoga dia selamat dan tabah disana
jgnlh timpakan derita lagi padanya
banyak sdh dia lalui
die baru ingin mengecapi bahagia
bebaskan lah dia
aku tak mahu melihat lbh byk air mata mengalir
dia tidak bersalah
mungkin salahku dia yg menanggung
perkenankanlah doa hambamu yg lemah ini ya Allah..

Thursday, 19 January 2012

Kehilangan

Selama ini ku tercari-cari
'sesuatu' yang seakan pergi
meninggalkan ku tanpa suara
aku merasa kosong
hariku seakan sama
aku hidup seperti tanpa tujuan
aku cuba menghadirkan 'luar'
namun menjadi lebih teruk
tapi,
langit yang gelap 
pasti akan ada sinarnya nanti
aku mendapat jawapan
jawapannya ada berhampiranku
mungkin dulu 7
sekarang 13
1 yang hlg tak mungkin dpt diganti
kembalilah kepada 13
aku merayu
berapa banyak lagi yang perlu aku alirkan?
untuk semua kembali seperti sediakala
aku mahukan hidupku kembali
kenapa masih ada insan yang merosakkan harapan ku
bukan wang ringit yang aku inginkan
bukan nama dan pangkat yang aku harapkan
cukuplah sekadar 'kembali'
aku merindui saat dulu
aku merayu

Suara hati

Masa berlalu dengan pantas
banyak yang pergi drpd yangg datang
luka yg lama kembali bernanah
kerana mulut syaitan bergembira
kerana mulut rosak satu persahabatan
kerana mulut membuat manusia hlg arah
kerana mulut celakalah hidupnya!
bukan niatku utk memutuskan persahabatan
kerana mulut insan yang tak berguna
menjadikanku hilang pedoman
saatku sedih dialah pendengarku
saatku sakit dielah pengubatku
namun saat dicelakan oleh satu mulut yang lain
rosak satu persahabatan
dahan yg patah tak mungkin boleh disambung
pengajaran kepadaku
jangan percaya pada mata
kerana mata hanya luaran
seperti isi buah
walaupun kulit cantik
isinya tak ubah seperti 'sampah'
berdoalah agar insan ini tidak lagi 
hidup berhampiran seperti palesit
agar dia tahu apa erti dosa




Di sebalik kegelapan malam

Mlm yg menghela kedamaian
namun tidak semua manusia boleh menikmati
ada yg lena ada yg duka
entah di mana silap
mencoret kenangan lama
di kegelapan malam
bukan tujuanku bukan niatku
kembali membuka pekung lama
yg sepatutnya tersimpan kemas dalam memori
hidup tak semuanya indah
mungkin hari ini menangis
esok gembira
dan tak mustahil menangis selama-lamanya
dan kegelapan malam hanya sementara
cahaya kebangkitan
menandakan permulaan
berdoa berharap
semuanya kembali seperti sedia kala